Lepa (kapal)
Lepa (kapal)

Lepa (kapal)

Lepa, juga dikenali sebagai lipa, merupakan kapal pribumi Suku Sama-Bajau di Filipina, Malaysia, dan Indonesia. Secara tradisional digunakan sebagai kapal rumah bagi suku pelaut Sama Dilaut. Oleh kerana kebanyakan suku Sama telah meninggalkan kehidupan laut secara esklusif, lepa moden kemudian digunakan sebagai kapal nelayan dan kapal kargo.Lepa adalah perahu bersaiz sederhana, biasanya rata-rata panjangnya 30 hingga 50 ka (9.1 hingga 15.2 m), dan lebar sekitar 5 hingga 7 ka (1.5 hingga 2.1 m); dengan ketinggian lambung kapal berkisar 5 ka (1.5 m). Lepa bersaiz besar dikenali sebagai kumpit. Jenis ini bisa mencapai panjang 50 hingga 120 ka (15 hingga 37 m) dan paling sering digunakan sebagai kapal-kapal dagang.[1] Lepa dilengkapi dengan kemudi dan bukannya dayung tradisional yang disebut sapit (atau sappit). Varian Lepa yang berukuran satu kano atau kano 2 orang digunakan secara khusus di perairan cetek yang dikenali sebagai buggoh (atau boggo', buggoh jungalan atau buggoh-buggoh). Sebuah buggoh sering ditarik oleh sebuah keluarga lepa. Lepa juga boleh digunakan sebagai istilah umum untuk "perahu" di berbagai kelompok Sama-Bajau; vinta, misalnya, juga dikenali sebagai lepa-lepa. Lepa kini semakin digantikan oleh perahu cadik bertenaga enjin, pambot ("perahu pompa").[2][3][4]